Tuesday, 7 July 2015

Sorry sebab dah lama tak update blog ni ye semua.

Ok sekarang saya nak berkongsi pengalaman sepanjang saya memakai braces nie. Dari pic kedua yang menunjukkan hari pertama saya start pakai braces, korang boleh tengok yang gigi saya masih teruk dan berlapis tapi saya masih tersenyum sebab saya percaya yang  suatu hari nanti senyuman saya ini akan bertambah manis bila gigi ni dah tersusun rapi :)





Ni gambar masa saya belum pakai braces. Waktu ni saya tengah bercuti di Hong Kong. Nampak tak gigi taring saya yang dua tu? hehehehe


Untuk pengetahuan semua, untuk kes gigi saya yang berlapis dan overbite ( jongang sikit ) ni, Dr Zarin telah pasang spring untuk gigi atas saya dengan tujuan untuk tarik gigi taring saya masuk ke dalam dan menjadi rata. Pemakaian spring ni sangatlah menyakitkan ye, gusi rasa macam kena tumbuk, nak bercakap pun susah, nak makan benda paling lembut roti pun saya tak bole nak kunyah. Terasa dunia berhenti seketika. hahahahaha... Paling menyakitkan bila pakai spring ni masa nak gosok gigi tiap hari, nak menangis rasa bila gosok gigi sebab gusi rasa bengkak dan berdenyut-denyut. Tapi Alhamdulillah selepas pakai spring untuk tempoh masa 4 bulan gigi saya bahagian atas dah mula bergerak masuk ke dalam dan gigi taring yang sebelum ni terkeluar macam pontianak dah masuk saf hehehehehe . Time ni adalah waktu paling bahagia dalam hidup saya sebab saya sorok senyuman ni sejak saya sekolah menengah lagi sebab tak yakin dengan senyuman saya yang kelihatan aneh. Bila tengok cermin dan gigi atas dah tersusun rapi, rasa macam dunia ni milik saya selamanya!!





Dulu saya selalu senyum macam ni sebab nak sorokkan gigi saya yang berterabur tu. hehehehe







Ni gambar masa saya pakai spring dulu.









Ni gambar masa baru 3 bulan pakai braces. Waktu ni sedang bercuti di Korea. Masih berterabur susunan gigi saya kan. ;) tapi awek korea ni bila saya ajak bergambar terus je paut lengan saya!! hahaha kuasa braces mungkin.




Percaya atau tidak, sejak gigi atas dah mula cantik, tiap masa dan ketika saya akan sentiasa tersenyum dan gelak sepuasnya sebab pemakaian braces telah mengembalikan senyuman indah yang pernah saya miliki waktu kecil dulu. Lagi satu saya nak kongsi dengan korang semua, pemakaian braces ni juga telah membuat nafas saya lebih segar dan tidak berbau seperti sebelum memakai braces dulu, sebab dulu walaupun dah berus gigi ni dengan teliti sekalipun masih ada bahagian yang terlindung akibat gigi saya berlapis tu yang membuat nafas saya berbau.

hehehe time ni dah masuk bulan ke 6 saya pakai braces dan gigi atas dah masuk saf. Taring saya pun dah masuk saf :)





Jadi saya nak tekan kan kat sini yang pemakaian braces ni sebenarnya bergantung pada tahap kesukaran susunan gigi seseorang, dan bila kita buat keputusan untuk pakai braces ni seeloknya berjumpa lah Dentist yang bertauliah sebab banyak kes yang saya baca pemakai braces ditipu oleh fake braces doctor yang tiada tauliah dan kelayakan dalam bidang pergigian langsung. Jadi jangan perjudikan gigi anda untuk memakai fake braces nie sebab ia membahayakan gusi dan kedudukan gigi anda. Sebab tu saya sarankan anda untuk pergi ke klinik pergigian dan berjumpa la dentist , minta pandangan dan solusi dari dentist bila anda dah buat keputusan untuk memakai braces ni.



Ok sekarang saya nak kongsi pulak dalam tempoh 8 bulan pemakaian braces ni, gigi saya bahagian atas dah tersusun cantik ok! Dan sepanjang tempoh ni jugak saya kena pakai getah untuk tarik gigi atas masuk ke dalam dan pemakaian getah ni pun ada kesannya pada gusi dan gigi ye korang semua. Getah ni hanya akan dibuka bila waktu makan sahaja. Pastu boleh pakai balik. Bila pakai getah ni nak bercakap pun susah, sakit sangat gusi sebab getah tengah tarik gigi untuk masuk ke dalam. Kebiasaannya saya pakai time berkerja dan sebelum waktu tidur. Time melepak saya tak pakai getah ni sebab rasa tak selesa untuk berborak dengan kawan-kawan saya.


yeayyyy dah boleh senyum puas-puas !!




lets take a wefie first  guys!!!


Ni pic setahun selepas pakai braces. Cantik tak susunan gigi atas saya? hehehehe

Ni pic masa Hari Raya Aidilfitri. Senyum dulu!!





Monday, 29 June 2015

Diari Si Pemakai Braces..

Assalamualaikum w.b.t guys and gurls out there!

It took a long time for me to decide either to put  braces on my teeth or not to. All this while I was wondering what would happen if i were putting braces on my teeth ? Adakah ini akan mengubah penampilan aku dimasa mendatang? Adakah dengan memakai braces akan menaikkan keyakinan diriku untuk jangkamasa yang panjang? Sakitkah gigiku jikalau aku jika memakai braces nanti? Mahalkah kos rawatan dan kos pemasangan braces? Terlalu banyak persoalan yang bermain dimindaku sebelum aku nekad untuk memakai braces ( pendakap gigi , pagar besi, dawai besi ) istilah yang digunakan untuk golongan pemakai braces ini :)

Hahahaha... Kalian pasti tidak percaya jika aku katakan aku memakai braces kerna jawapan jujur dari anak saudara perempuanku yang  berumur 4 tahun saat aku dan dia meluangkan masa bersama dirumah emakku dan dia Lana ( anak saudara perempuanku ) mengajakku untuk bermain menjadi doktor. Biasalah budak-budak kecil ini, permainan menjadi doktor olok-olok adalah satu hiburan buat mereka. Jadi aku dengan rela menjadi doktor untuk Lana.

Ini dialogku pada ketika itu

" Lana baring dikatil sekarang, doktor nak check jantung kamu. Lana hanya menurut sambil baring dikatil dengan senyuman keriangan kerna tidak sabar menunggu apa kata doktor tentang kesihatannya. Okay Lana, doktor dah check jantung dan nadi kamu, dan doktor dapati Lana tidak mengalami sebarang penyakit berbahaya cuma awak ada demam panas sedikit sambil aku olok-olok mengambil pen seolah-olah jarum suntikan untuk dicucuk pada nadi lengannya. Aduhhh doktor.. sakit!!! jerit Lana yang terus memburaikan gelak tawaku dengan gelagat si comel ini. Dia juga turut meledakkan tawa riangnya kerana geli dicucuk dengan pen oleh aku.

Kemudian Lana bangun dari katil dan mengarahkan aku untuk baring di katil pula kerna giliran dia pula untuk menjadi doktor untuk diriku. Aku terus membaringkan diriku diatas katil sambil Dr Lana mengarahkan aku untuk membuka mulutku.

Buka mulut uncle Teh ( panggilannya terhadapku ) dengan mukanya yang garang. Aku cuba menahan gelakku dari meletus kerana tak tahan melihat muka Lana yang serius seolah-olah dia seorang doktor yang sebenar. Jangan gelak nanti Dr injection kamu!! marah Dr Lana padaku. Aku menukar reaksi mukaku untuk menjadi pesakit yang memerlukan pertolongan dari seorang doktor. Saat aku buka mulutku, ayat pertama yang lahir dari mulut Lana adalah " eeeeee...teruknya gigi uncle ni! tak cantik macam gigi Lana ( sebab gigi dia tersusun cantik sejak dia lahir ). Spontan dia menanyakan soalan padaku, Uncle dulu Uncle nie hantu eh sebelum menjadi manusia?? Aku terus menjawap pertanyaan Lana, ishhh mana ada. Uncle manusia lah.

Lana terus bertanya lagi padaku, abistue gigi Uncle macam hantu pontianak je Lana tengok? Ya Allah sungguh tak kuduga Lana akan bertanya soalan sebegitu padaku. Aku terus menjawap pertanyaan dia, Lana gigi Uncle bukan macam hantu lah cuma gigi Uncle berterabur sebab banyak sangat ( berlapis ). Gigi Uncle dah tak ada ruang untuk jadi cantik macam gigi Lana. Sebab tue lah gigi taring Uncle terkeluar macam pontianak. Mendengar jawapan aku Lana terus cakap  padaku " ohhh...sebab tue rupenyer... oklah Dr rasa Uncle pun takde masalah kesihatan cuma gigi Uncle je macam hantu. hehehehee Lana mentertawakan aku sambil berlalu meninggalkanku dikatil dan menonton kartun kegemarannya Spongebob and Squarepants.


Kata-kata Lana melekat difikiranku dan bermain-main di mindaku tiap waktu. Walaupun aku telah membuat kajian pada teman-teman sekerja dan kawan baikku yang sudah memakai braces, tapi pertanyaan Lana lah yang membuatkan ku tersentak dan terus nekad untuk memakai braces..       bersambung....

Ini gambarku sebelum pakai braces.Sangat berterabur susunan gigiku sebab gigi yang terlebih dan tiada ruang yang cukup untuk gigiku terletak sempurna.
Ini gambar hari pertama aku memakai braces. Excited sikit aku time ni tapi tak lama pun. After 4 hours pakai braces ni , tiba-tiba aku rasa gigi aku sakit semacam. Rasa macam gigi aku kena tarik. Oh my....then kat tempat keje time nak makan kek, aku tak bole gigit atau kunyah kek macam kebiasaannya. Ya Allah sakitnya bukan kepalang. Kepala berdenyut-denyut rasa nak demam. Terus aku matikan hasrat nak makan kek. =( 

Gusi aku bengkak semacam, nak bercakap pun payah. Sakitnya gigi aku. Hari pertama aku terpaksa berlapar sebab tak nak makan apa-apa pun. Bayangkan roti yang lembut pun aku tak mampu gigit dan kunyah! Next day aku request mak aku buatkan bubur nasi untuk aku makan sebab takut nak makan makanan lain. Makan bubur pun aku terus telan. Hahaha azab ku rasakan duniaku. 

Tak mudah untuk doktor gigi / dentist pasang braces kat gigi aku. Sebagai pulangan, 2 batang gigi geraham atas aku dicabut dan 2 batang gigi kecikku dicabut sebab nak bagi ruang untuk gigi aku ditarik bila braces dah dipakaikan nanti. Menangis aku time doktor cabut 2 gigi geraham besar atas kiri dan kananku. Itupun doktor cabut satu dulu dan lagi satu doktor cabut pada bulan hadapan. ;( sakit sangat-sangat... Masa 2 batang gigi kecik aku dicabut, sakitnya tak sehebat cabut gigi geraham. Dan bersedialah untuk dapat MC dari doktor sebab cabut gigi berkait rapat dengan urat saraf. Demam oiiii. Then doktor sarankan banyakkan minum air sejuk kosong biar gusi yang berdarah tu cepat kecut dan sembuh. Jangan sesekali cuba ambil minuman panas ye sebab nanti gusi lambat kecut dan menderitalah kau! Hehehe... Nampak macam mudah je saranan doktor tu tapi nak melaksanakan tue hmmm..kene kuat mental dan fizikal. Sebut pasal doktor ni, let me introduce you my dentist. His name is Dr Zarin. Klinik dia bertempat di Taman Putra, Ampang.