Assalamualaikum w.b.t guys and gurls out there!
It took a long time for me to decide either to put braces on my teeth or not to. All this while I was wondering what would happen if i were putting braces on my teeth ? Adakah ini akan mengubah penampilan aku dimasa mendatang? Adakah dengan memakai braces akan menaikkan keyakinan diriku untuk jangkamasa yang panjang? Sakitkah gigiku jikalau aku jika memakai braces nanti? Mahalkah kos rawatan dan kos pemasangan braces? Terlalu banyak persoalan yang bermain dimindaku sebelum aku nekad untuk memakai braces ( pendakap gigi , pagar besi, dawai besi ) istilah yang digunakan untuk golongan pemakai braces ini :)
Hahahaha... Kalian pasti tidak percaya jika aku katakan aku memakai braces kerna jawapan jujur dari anak saudara perempuanku yang berumur 4 tahun saat aku dan dia meluangkan masa bersama dirumah emakku dan dia Lana ( anak saudara perempuanku ) mengajakku untuk bermain menjadi doktor. Biasalah budak-budak kecil ini, permainan menjadi doktor olok-olok adalah satu hiburan buat mereka. Jadi aku dengan rela menjadi doktor untuk Lana.
Ini dialogku pada ketika itu
" Lana baring dikatil sekarang, doktor nak check jantung kamu. Lana hanya menurut sambil baring dikatil dengan senyuman keriangan kerna tidak sabar menunggu apa kata doktor tentang kesihatannya. Okay Lana, doktor dah check jantung dan nadi kamu, dan doktor dapati Lana tidak mengalami sebarang penyakit berbahaya cuma awak ada demam panas sedikit sambil aku olok-olok mengambil pen seolah-olah jarum suntikan untuk dicucuk pada nadi lengannya. Aduhhh doktor.. sakit!!! jerit Lana yang terus memburaikan gelak tawaku dengan gelagat si comel ini. Dia juga turut meledakkan tawa riangnya kerana geli dicucuk dengan pen oleh aku.
Kemudian Lana bangun dari katil dan mengarahkan aku untuk baring di katil pula kerna giliran dia pula untuk menjadi doktor untuk diriku. Aku terus membaringkan diriku diatas katil sambil Dr Lana mengarahkan aku untuk membuka mulutku.
Buka mulut uncle Teh ( panggilannya terhadapku ) dengan mukanya yang garang. Aku cuba menahan gelakku dari meletus kerana tak tahan melihat muka Lana yang serius seolah-olah dia seorang doktor yang sebenar. Jangan gelak nanti Dr injection kamu!! marah Dr Lana padaku. Aku menukar reaksi mukaku untuk menjadi pesakit yang memerlukan pertolongan dari seorang doktor. Saat aku buka mulutku, ayat pertama yang lahir dari mulut Lana adalah " eeeeee...teruknya gigi uncle ni! tak cantik macam gigi Lana ( sebab gigi dia tersusun cantik sejak dia lahir ). Spontan dia menanyakan soalan padaku, Uncle dulu Uncle nie hantu eh sebelum menjadi manusia?? Aku terus menjawap pertanyaan Lana, ishhh mana ada. Uncle manusia lah.
Lana terus bertanya lagi padaku, abistue gigi Uncle macam hantu pontianak je Lana tengok? Ya Allah sungguh tak kuduga Lana akan bertanya soalan sebegitu padaku. Aku terus menjawap pertanyaan dia, Lana gigi Uncle bukan macam hantu lah cuma gigi Uncle berterabur sebab banyak sangat ( berlapis ). Gigi Uncle dah tak ada ruang untuk jadi cantik macam gigi Lana. Sebab tue lah gigi taring Uncle terkeluar macam pontianak. Mendengar jawapan aku Lana terus cakap padaku " ohhh...sebab tue rupenyer... oklah Dr rasa Uncle pun takde masalah kesihatan cuma gigi Uncle je macam hantu. hehehehee Lana mentertawakan aku sambil berlalu meninggalkanku dikatil dan menonton kartun kegemarannya Spongebob and Squarepants.
Kata-kata Lana melekat difikiranku dan bermain-main di mindaku tiap waktu. Walaupun aku telah membuat kajian pada teman-teman sekerja dan kawan baikku yang sudah memakai braces, tapi pertanyaan Lana lah yang membuatkan ku tersentak dan terus nekad untuk memakai braces.. bersambung....
Ini gambarku sebelum pakai braces.Sangat berterabur susunan gigiku sebab gigi yang terlebih dan tiada ruang yang cukup untuk gigiku terletak sempurna.
Ini gambar hari pertama aku memakai braces. Excited sikit aku time ni tapi tak lama pun. After 4 hours pakai braces ni , tiba-tiba aku rasa gigi aku sakit semacam. Rasa macam gigi aku kena tarik. Oh my....then kat tempat keje time nak makan kek, aku tak bole gigit atau kunyah kek macam kebiasaannya. Ya Allah sakitnya bukan kepalang. Kepala berdenyut-denyut rasa nak demam. Terus aku matikan hasrat nak makan kek. =(
Gusi aku bengkak semacam, nak bercakap pun payah. Sakitnya gigi aku. Hari pertama aku terpaksa berlapar sebab tak nak makan apa-apa pun. Bayangkan roti yang lembut pun aku tak mampu gigit dan kunyah! Next day aku request mak aku buatkan bubur nasi untuk aku makan sebab takut nak makan makanan lain. Makan bubur pun aku terus telan. Hahaha azab ku rasakan duniaku.
Tak mudah untuk doktor gigi / dentist pasang braces kat gigi aku. Sebagai pulangan, 2 batang gigi geraham atas aku dicabut dan 2 batang gigi kecikku dicabut sebab nak bagi ruang untuk gigi aku ditarik bila braces dah dipakaikan nanti. Menangis aku time doktor cabut 2 gigi geraham besar atas kiri dan kananku. Itupun doktor cabut satu dulu dan lagi satu doktor cabut pada bulan hadapan. ;( sakit sangat-sangat... Masa 2 batang gigi kecik aku dicabut, sakitnya tak sehebat cabut gigi geraham. Dan bersedialah untuk dapat MC dari doktor sebab cabut gigi berkait rapat dengan urat saraf. Demam oiiii. Then doktor sarankan banyakkan minum air sejuk kosong biar gusi yang berdarah tu cepat kecut dan sembuh. Jangan sesekali cuba ambil minuman panas ye sebab nanti gusi lambat kecut dan menderitalah kau! Hehehe... Nampak macam mudah je saranan doktor tu tapi nak melaksanakan tue hmmm..kene kuat mental dan fizikal. Sebut pasal doktor ni, let me introduce you my dentist. His name is Dr Zarin. Klinik dia bertempat di Taman Putra, Ampang.
No comments:
Post a Comment