Ok sekarang saya nak berkongsi pengalaman sepanjang saya memakai braces nie. Dari pic kedua yang menunjukkan hari pertama saya start pakai braces, korang boleh tengok yang gigi saya masih teruk dan berlapis tapi saya masih tersenyum sebab saya percaya yang suatu hari nanti senyuman saya ini akan bertambah manis bila gigi ni dah tersusun rapi :)

Ni gambar masa saya belum pakai braces. Waktu ni saya tengah bercuti di Hong Kong. Nampak tak gigi taring saya yang dua tu? hehehehe
Untuk pengetahuan semua, untuk kes gigi saya yang berlapis dan overbite ( jongang sikit ) ni, Dr Zarin telah pasang spring untuk gigi atas saya dengan tujuan untuk tarik gigi taring saya masuk ke dalam dan menjadi rata. Pemakaian spring ni sangatlah menyakitkan ye, gusi rasa macam kena tumbuk, nak bercakap pun susah, nak makan benda paling lembut roti pun saya tak bole nak kunyah. Terasa dunia berhenti seketika. hahahahaha... Paling menyakitkan bila pakai spring ni masa nak gosok gigi tiap hari, nak menangis rasa bila gosok gigi sebab gusi rasa bengkak dan berdenyut-denyut. Tapi Alhamdulillah selepas pakai spring untuk tempoh masa 4 bulan gigi saya bahagian atas dah mula bergerak masuk ke dalam dan gigi taring yang sebelum ni terkeluar macam pontianak dah masuk saf hehehehehe . Time ni adalah waktu paling bahagia dalam hidup saya sebab saya sorok senyuman ni sejak saya sekolah menengah lagi sebab tak yakin dengan senyuman saya yang kelihatan aneh. Bila tengok cermin dan gigi atas dah tersusun rapi, rasa macam dunia ni milik saya selamanya!!

Dulu saya selalu senyum macam ni sebab nak sorokkan gigi saya yang berterabur tu. hehehehe

Ni gambar masa saya pakai spring dulu.

Ni gambar masa baru 3 bulan pakai braces. Waktu ni sedang bercuti di Korea. Masih berterabur susunan gigi saya kan. ;) tapi awek korea ni bila saya ajak bergambar terus je paut lengan saya!! hahaha kuasa braces mungkin.
Percaya atau tidak, sejak gigi atas dah mula cantik, tiap masa dan ketika saya akan sentiasa tersenyum dan gelak sepuasnya sebab pemakaian braces telah mengembalikan senyuman indah yang pernah saya miliki waktu kecil dulu. Lagi satu saya nak kongsi dengan korang semua, pemakaian braces ni juga telah membuat nafas saya lebih segar dan tidak berbau seperti sebelum memakai braces dulu, sebab dulu walaupun dah berus gigi ni dengan teliti sekalipun masih ada bahagian yang terlindung akibat gigi saya berlapis tu yang membuat nafas saya berbau.
hehehe time ni dah masuk bulan ke 6 saya pakai braces dan gigi atas dah masuk saf. Taring saya pun dah masuk saf :)
Jadi saya nak tekan kan kat sini yang pemakaian braces ni sebenarnya bergantung pada tahap kesukaran susunan gigi seseorang, dan bila kita buat keputusan untuk pakai braces ni seeloknya berjumpa lah Dentist yang bertauliah sebab banyak kes yang saya baca pemakai braces ditipu oleh fake braces doctor yang tiada tauliah dan kelayakan dalam bidang pergigian langsung. Jadi jangan perjudikan gigi anda untuk memakai fake braces nie sebab ia membahayakan gusi dan kedudukan gigi anda. Sebab tu saya sarankan anda untuk pergi ke klinik pergigian dan berjumpa la dentist , minta pandangan dan solusi dari dentist bila anda dah buat keputusan untuk memakai braces ni.
Ok sekarang saya nak kongsi pulak dalam tempoh 8 bulan pemakaian braces ni, gigi saya bahagian atas dah tersusun cantik ok! Dan sepanjang tempoh ni jugak saya kena pakai getah untuk tarik gigi atas masuk ke dalam dan pemakaian getah ni pun ada kesannya pada gusi dan gigi ye korang semua. Getah ni hanya akan dibuka bila waktu makan sahaja. Pastu boleh pakai balik. Bila pakai getah ni nak bercakap pun susah, sakit sangat gusi sebab getah tengah tarik gigi untuk masuk ke dalam. Kebiasaannya saya pakai time berkerja dan sebelum waktu tidur. Time melepak saya tak pakai getah ni sebab rasa tak selesa untuk berborak dengan kawan-kawan saya.
yeayyyy dah boleh senyum puas-puas !!
lets take a wefie first guys!!!
Ni pic masa Hari Raya Aidilfitri. Senyum dulu!!
No comments:
Post a Comment