Tuesday, 16 June 2026

Setelah 12 tahun pakai braces

 Assalamualaikum Korang!


Dah bertahun - tahun saya tak update pasal pemakaian braces saya. Maafkan saya okay🙏. 



Ni gambar terbaru tahun 2026, iya sudah lebih dari 10 tahun saya pakai braces ini sebab tak konsisten jumpa dentist. Hihihi. Korang jangan tak konsisten tau! Orang lain pakai braces paling lama pun 3 tahun je. 


Okay ini pemakaian getah fasa terakhir dentist saya cakap. Pemakaian getah ni untuk tarik semua gigi tersusun rapat. Alhamdulillah syukur pada Allah SWT atas segala nikmat yg diberikanNya, gigi saya dah tak jongang sangat dan makin tersusun rapi! 

Dentist saya cakap dalam 2 - 4 bulan lagi dah boleh buka braces saya ni. Pastu dentist saya bagitau lepas buka braces, gigi saya kena veneer @ tampal gigi yang ada rosak sikit bagi cantik. Lepas dah tampal, barulah dentist akan buat retainer untuk gigi saya.


Retainer ni sangat penting tau selepas buka braces. Fungsi retainer ini untuk kekalkan kedudukan gigi yang dah tersusun rapat dan kena pakai seumur hidup ye. Kene konsisten pakai retainer sebab kalau malas pakai menyebabkan gigi korang bergerak balik ( ye betul gigi kita ini sentiasa bergerak). Jadi bila gigi korang berterabur, terpaksalah korang kena pakai braces balik dari awal! Jangan tau, sebab kita dah banyak keluar duit untuk pakai braces.


Okay Sepanjang 12 tahun saya pakai braces ni, dah bermacam-macam teknik pemakaian braces saya lalui. Bermula dengan Coil spring, O ring, power chain, tanam skru kat bahagian tulang  gigi atas kiri kanan sampailah rubber band.


Memang semuanya teknik pemakaian braces ini ada fungsi dan kesannya tersendiri untuk bagi gigi tersusun rapi. Apa yang saya boleh bagitau, tak rugi pun bila kita buat keputusan untuk pakai braces ini. Hasilnya sangat memuaskan hati! Korang tengoklah sendiri gambar-gambar saya dari sebelum dan selepas pakai braces, gigi saya makin tersusun rapi dan cantik. Senyuman saya pun lebih yakin!








Nanti saya sambung balik ye selepas saya buka braces saya ini. 



No comments:

Post a Comment